Refleksi Tajuk 1: Penggunaan Enjin Carian Bahan Bahasa Melayu



Kumpulan pertama yang membentang tajuk ini ialah kumpulan Akmal, Hamlia dan Aisyah. Dalam tajuk mereka telah menerangkan tentang cara penggunaan kata kunci, frasa yang sesuai untuk mendapatkan bahan melalui enjin carian. Di samping itu mereka juga ada menerang tentang definisi URL dan menjelaskan tentang cara-cara membuat katalog internet.

Amali yang dilaksanakan adalah menggunakan katalog internet untuk menyimpan pelbagai jenis bahan. Semasa melaksanakan amali ini, saya mendapati bahawa proses memperoleh URL sesebuah bahan tidaklah semudah yang disangkakan. Bagi bahan-bahan teks atau halaman web, adalah mudah untuk mendapatkan alamat urlnya kerana tidak terdapat perpautan yang rumit. Namun, apabila meneruskan pencarian dengan bahan audio, saya mendapati bahawa sukar untuk mendapatkan alamat url yang spesifik bagi sesebuah audio tersebut. Justeru, saya telah menjalankan sedikit pembacaan tentang proses pemerolehan alamat url ini lalu telah menjumpai sebuah fungsi pada pelayar yang dikenali sebagai web developer tools yang boleh diakses dengan menekan butang F12 pada papan kekunci. Dengan perisian tersebut, saya dengan mudahnya dapat menjumpai alamat url bagi sesebuah bahan.

Secara keseluruhannya, saya mendapati bahawa pembelajaran pada minggu pertama ini telah menambahkan lagi pengetahuan saya tentang teknologi maklumat. Pengetahuan mengenai teknologi maklumat ini sememangnya penting untuk memastikan guru dapat mengaplikasikannya semasa bekerja, apatah lagi dalam penyimpanan maklumat. Dengan adanya katalog internet ini, maka mudahlah bagi seseorang guru untuk menyimpan dan mengkategorikan bahan-bahan yang diperoleh atas talian.

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com