Tajuk 7: Pengaplikasian Model Pemprosesan Maklumat Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu



Pengenalan
Model Pemprosesan Maklumat (The Information Processing Model) bermula dengan menggunakan sistem komputer sebagai analogi. Bagaimana pun disedari bahawa penggunaan sistem komputer sebagai analogi cara manusia memproses, menyimpan dan mengingat kembali maklumat adalah tidak sesuai kerana ia mempermudahkan cara manusia bertindak.Kita ketahui bahawa cara manusia memproses maklumat adalah lebih kompleks berbanding dengan komputer. 

Terdapat prinsip-prinsip yang harus dipatuhi dalam model pemprosesan maklumat ini agar maklumat yang diperoleh berada dalam keadaan yang baik, antaranya ialah:


Proses-proses yang terlibat dalam pemprosesan maklumat:
Terdapat dua jenis ingatan yang membantu proses ingatan iaitu:
                      i.        Ingatan jangka pendek
Ingatan Jangka Pendek (Short Term Memory) Stor memori ini juga dikenali sebagai 'Ingatan Kerja' (Working Memory). Tempoh ingatan jangka pendek ialah 10-20 saat jika butir maklumat itu tidak diulang. Contoh: kawan kamu berikan nombor telefon dan sementara mencari kertas untuk menulisnya kamu mengulang nombor itu supaya tidak lupa. Proses ini dipanggil Ulangan Berkekalan (Maintenance Rehearsal). Jika kamu tidak ulang nombor itu, ia akan hilang dalam masa 10-20 saat.
                     ii.        Ingatan jangka panjang
Ingatan Jangka Panjang (Long Term Memory) masih menjadi tumpuan kebanyakan kajian dalam mencari tahu cara-cara maklumat dienkod, disimpan, diingat kembali dan dilupai. Ahli-ahli psikologi seperti Freud mencadangkan bahawa segala pengalaman kita sejak dilahir disimpan dalam ingatan jangka panjang. Situasi ini dapat dibuktikan dengan jelas apabila kita masih boleh mengingat apa yang berlaku pada hari pertama persekolahan. Oleh itu, hal ini bermakna maklumat tersebut tidak hilang tetapi hanya sukar diingat kembali.
Aplikasi Model Pembinaan Pemprosesan Maklumat
Guru-guru yang ingin menganjar murid-murid menggunakan tapak pembelajaran haruslah menunjukkan cara-cara menggunakan tapak pembelajaran tersebut kepada murid. Hal ini dapat membantu murid-murid mengingati cara-cara tapak pembelajaran tersebut digunakan agar murid-murid dapat menggunakannya pada pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.

Berikut merupakan contoh-contoh tapak pembelajaran:
Tapak Pembelajaran
Alamat

http://www.tutor.com.my/
http://skora.com.my/

No comments:

Post a Comment

 

Blog Template by BloggerCandy.com